Penerbitan Untuk Tiga Hari

Filem ini diarahkan oleh Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dengan pengarang novel asal filem ini, Ahadiat Akashah menulis cerita asal. Ia merupakan filem adaptasi novel pertama arahan Afdlin. Beliau dipetik sebagai berkata: "Tambah pula filem ini disuntik dengan pelbagai mesej positif alam rumah tangga di mana ia sekali gus mengajar untuk mengelakkan penceraian yang semakin menular di negara kita,".[4] Penerbit, Sharad Sharan pula berkata: "Saya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Afdlin kerana saya telah lama kagum dengan hasil kerjanya".[5]

Untuk filem ini, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah meneliti skrip sebelum membintangi filem itu.[6]